Custom Search

TILAWATI QUR'AN

Saturday, February 25, 2012

Hindari Penyakit “ghibah”

Adakah anda termasuk dalam kalangan mereka yang gemarkan ghibah?

Ghibah merupakan penyakit yang sangat berbahaya, yang boleh menghancurkan manusia dan menghapuskan segala kebaikan yang dilakukannya.

Apa itu ghibah?

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menerangkan erti ghibah dalam sepotong hadis yang bermaksud: “Engkau menyebut tentang saudaramu apa yang tidak disukainya. Sekiranya apa yang engkau sebut itu ada padanya, maka sesungguhnya engkau benar-benar telah meghibahnya. Dan sekiranya apa yang engkau sebut itu tidak ada pada dirinya maka sesungguhnya engkau telah mereka-reka cerita tentangnya.”(Riwayat Muslim)

Ghibah adalah haram dan termasuk dalam kategori al-kabaer (dosa-dosa besar). Firman Allah Taala bermaksud:


“dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.”
(Al-Hujurat:12)

Ibn Abbas radiallahuanhu menjelaskan maksud ayat ini dengan katanya, “Allah mengharamkan ghibah atau memperkatakan sesuatu keburukan seseorang mukmin sebagaimana Dia mengharamkan bangkai.”
Menurut al-Hasan al-Basri rahimahullah, “Terdapat tiga istilah yang berkaitan antara satu sama lain dalam al-Quran, iaitu ghibah, ifk dan buhtan. Ghibah ialah engkau mengatakan sesuatu yang ada pada saudaramu, ifk ialah engkau berkata tentang apa yang disampaikan kepadamu dan buhtan ialah engkau mereka-reka apa yang tidak ada padanya.”

Bahaya ghibah:
1. Penyebab kepada azab kubur. Al-Bukhari meriwatkan daripada Ibn Abbas radiallahuanhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam melintasi dua buah kubur, lantas baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur ini sedang diseksa. Mereka tidak diseksa kerana sesuatu yang besar (pada pandangan manusia). Yang seorang ini diseksa kerana tidak berselindung ketika kencing. Adapun yang seorang lagi selalu berjalan membawa cerita yang tidak baik tentang orang lain.”

2. Jatuh muflis. Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya para sahabat radiallahu anhum: “Tahukah kamu apa makna muflis?” Mereka menjawab: “Muflis pada fahaman kami ialah orang yang tiada dirham dan tiada apa-apa harta yang dimilikinya.” Baginda menerangkan (maksudnya): “Muflis dalam kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat nanti membawa pahala solat, puasa dan zakat. Di samping itu dia pernah mencela orang ini, mengqazaf orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Lalu diberikan kepada setiap orang itu sebahagian daripada hasanahnya sehingga habis semuanya sebelum setiap orang yang disakitinya menerima habuan masing-masing. Maka diambil sebahagian daripada dosa-dosa mereka dan dicampakkan ke atasnya kemudian dia dihumbankan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

3. Orang yang ghibah akan menyiksa diri dengan tangannya sendiri sebagaimana diceritakan di dalam kisah Israk dan Mikraj. “Ketika aku di-Mikrajkan, aku melintasi satu kaum yang memiliki kuku tembaga. Mereka mencakar-cakar muka dan dada mereka sendiri. Aku bertanya, “Siapakah mereka ini ya Jibril?” Jibril berkata, “Mereka adalah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan maruah mereka.” (Riwayat Abu Dawud)

4. Iman tidak masuk ke dalam hati dan dia tidak akan mengecapi kemanisannya. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman dengan lidahnya sedangkan iman tidak masuk di dalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan menjejaki dan mendedahkan keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa menjejaki dan mendedahkan keaiban Muslimin, Allah akan menjejaki keaibannya. Dan sesiapa yang Allah jejaki keaibannya, Dia akan membongkarkannya…” (Riwayat Abu Dawud)

Kenapa manusia boleh terjerumus ke dalam perangkap ghibah?

1. Lemah iman dan tidak takut kepada Allah. Seseorang yang lemah imannya, tidak akan mampu mengawal dan menguasai lidahnya.

2. Berkawan dengan orang yang suka mengumpat. Lantaran itu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengingatkan kita agar mendampingi orang yang baik-baik. Sabda baginda (maksudnya): “Seseorang itu mengikut cara hidup teman rapatnya. Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa teman rapatnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

3. Dengki dan iri hati. Dengki merupakan penyakit hati yang terpendam di dalam diri seseorang. Orang yang dengki tidak senang hati melihat orang lain memperoleh nikmat daripada Allah dan bercita-cita agar nikmat tersebut segera hilang, malah kadang-kadang mendorongnya berusaha dengan langkah-langkah tertentu untuk menghilangkannya.

4. Cintakan dunia dan berlumba-luma untuk meraih keuntungannya. Al-Fuadhil bin Iyadh pernah berkata: “Tiada seorang pun yang cintakan pangkat kecuali dia akan berdengki, berbuat zalim, mencari-cari keaiban manusia dan tidak suka kebaikan orang lain disebut.” Sesetengah orang tidak melihat kecuali dirinya. Dia suka mengangkat dirinya dan menyebut keaiban orang lain.

5. Tidak tahu mengisi masa lapang. Sesetengah manusia berasa seolah-olah dia mempunyai banyak masa lapang dan tidak tahu mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Lalu masa itu diisi dengan percakapan kosong sehingga terbawa-bawa kepada mengumpat dan mengorek rahsia orang lain.

Selamatkan diri daripada dosa ini dengan:

1. Takut kepada Allah pada setiap masa dan tempat. Bertakwa kepada Allah membantu kita berhenti daripada mengumpat dan dapat menghapuskan dosa-dosa lalu. Firman Allah bermaksud: “...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.” (At-Talaq: 5)

2. Sibukkan diri dengan membaiki kelemahan sendiri, jangan asyik memerhati kelemahan orang lain. Bak kata seorang penyair: “Perhatikanlah dirimu dan periksa kelemahannya; biarkanlah kekurangan manusia itu diurus oleh mereka.”

3. Membaca sirah para sahabat dan salaf as-soleh serta mendampingi orang-orang yang baik. Dengan itu kita dapat mencontohi akhlak mereka. Kata seorang penyair: “Tirulah mereka walaupun kamu tidak seperti mereka; sesungguhnya meniru seseorang tokoh akan membawa kejayaan.”

4. Muhasabah diri dan mencelanya ketika ia melakukan kesalahan. Itu merupakan cara yang dianjurkan untuk membaiki kesilapan diri.

5. Sentiasa menyedari kepentingan taubat daripada dosa ghibah dan sentiasa menanam azam untuk tidak melakukannya. Minta maaf daripada orang yang pernah kita umpat dan mohon ampun kepada Allah untuk diri sendiri dan untuk kaum Muslimin seluruhnya.

Moga-moga Allah memelihara lidah kita daripada ghibah dan menyelamatkan kita daripada fitnah dunia dan akhirat.

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT"

Thursday, February 23, 2012

ZIKIR Laillahaillallah

ZIKIR Laillahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.



Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.



Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak terlepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


p/s, Sampaikan walaupun satu ayat

Panduan Zikir/Doa serta Doa-doa pendek

AL-IKHLAS

AL-IKHLAS

AL-FALAQ

AL-FALAQ

AN-NAAS

AN-NAAS

1-9 YAASIN

1-9 YAASIN

AYATUL QURSI

AYATUL QURSI