Custom Search

TILAWATI QUR'AN

Tuesday, May 29, 2012

DOA-DOA RASULULLAH SAW SEBELUM SALAM

Doa-Doa Rasulullah saw Sebelum Salam.. Apakah doa yang anda baca sebelum memberi salam dalam solat? Atau anda tidak pernah berdoa ketika itu? Sekiranya anda tidak pernah mengamalkannya maka anda tersangat rugi kerana waktu itu merupakan waktu doa yang mustajab dan merupakan amalan Nabi saw sepanjang hidupnya. Sangat banyak doa-doa yang dibaca oleh baginda saw selepas tasyahhud dan sebelum salam. Berikut adalah doa-doa tersebut : 1.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.[Imam Muslim] 2.Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.[Imam al-Bukhari] 3. “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlin-dung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.[Imam al-Bukhari] 4.“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu.[ Abu Dawud dan al-Nasa’ie] 5.Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan.[al-Nasa’i] 6.Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah. 7.Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam al-Bukhari] 8.Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang.[Imam Abu Dawud] 9. Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.[Imam Abu Dawud] 10.“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.[ Abu Dawud]

AYAT KURSI DAN KELEBIHANNYA

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.” Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Monday, May 28, 2012

Solat Sunat Tasbih

Tasbih pemadam dosa Empat rakaat yang sederhana, dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat luar biasa! Bismillah, Ðaripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Abbas Ibn Abdul Muttalib, maksudnya, “Wahai Abbas, wahai bapa saudaraku! Mahukan aku berikan kepada kamu sesuatu? Mahukah aku berikan sesuatu yang kamu boleh mengambil mandaat daripadanya? Mahukah aku lakukan kepadamu 10 perkara yang apabila kamu lakukan perkara itu, Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu? Ðosa-dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian; dosa yang lama mahupun dosa yang baru; dosa-dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun yang dilakukan dengan sengaja; dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata; iaitu (hendaklah) engkau dirikan solat sebanyak empat rakaat. Pada setiap rakaat dibaca al-Fatihah dan surah. Setelah selesai bacaan surah, ketika engkau masih berdiri maka bertasbihlah sebanyak 15 kali dengan bacaan :
Tasbih pemadam dosa: Kemudian dalam rukuk 10 kali, sesudah bangun daripada rukuk 10 kali, semasa sujud pertama 10 kali, semasa duduk antara dua sujud 10 kali, semasa sujud kali kedua 10 kali dan sesudah bangun daripada sujud yang kedua 10 kali. Ini berjumlah 75 kali. Ðilakukan sedemikian dalam empat rakaat. Jika mampu, lakukanlah setiap hari. Jika tidak maka sekali pada setiap hari Jumaat ataupun sebulan sekali. Jika tidak maka setahun sekali. Sekiranya ini pun engkau tidak dapat lakukan, maka kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.” (Hadis riwayat Abu Ðaud, Ibn Majah, al-Baihaqi dan al-Tirmidzi) Solat ini dinamakan sebagai solat sunat Tasbih. Jumlah tasbih yang diungkapkan untuk empat rakaat ini ialah sebanyak 300 kali. Fadilat dan kepentingan solat ini begitu jelas ditekankan oleh Rasulullah SAW dan amat digalakkan supaya solat ini dapat dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mampu, plaing kurang pun hendaklah dilakukan sekali dalam seumur hidup kita. Bacaan tasbih setiap rakaat 75 X 4 rakaat = 300 kali bacaan tasbih. Tawaran maha hebat Cuba kita lihat, mukadimah Rasulullah SAW sebagai pembuka bicara sebelum menganjurkan dan mengajarkan kepada Sayidina Abbas r.a. berkenaan solat sunat Tasbih ini. Rasulullah SAW memulakan dalam bentuk pertanyaan dan kemudian dijawab oleh Rasulullah SAW sendiri. Seterusnya pertanyaan itu diiringi dengan fadilat dan kelebihan solat sunat Tasbih ini. Ini manhaj tarbiyah yang amat berkesan untuk menyuburkan rasa kepentingan terhadap amalan yang dianjurkan. Ðiceritakan dalam kirab al-Mirqat bahawa Abdullah Ibn Abbas r.a. mengerjakan solat sunat Tasbih ini setiap hari Jumaat. Manakala al-Baihaqi menukilkan bahawa seorang ulama besar daripada kalangan tabiin iaitu Abu Jawza r.a. menunaikan solat sunat Tasbih setiap hari pada waktu Zuhur. Lihatlah, hanya melalui empat rakaat yang sederhana; dihiasi dengan tasbih yang sederhana dan mudah; tetapi kesan dan impaknya amat dahsyat lagi menakjubkan; iaitu pengampunan dan penghampusan segala dosa. Apa jua bentuk dosa yang seseorang itu lakukan, mereka ditawarkan pengampunan total oleh Allah SWT. Sesungguhnya ini satu rahmat daripada Allah yang terlalu agung buat umat kekasih-Nya. Usaha yang kecil, tetapi ganjarannya terlalu agung dan besar. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, anak Adam mana yang tidak melakukan khilaf dan dosa? Maka tawaran pengampunan dosa melalui solat sunat Tasbih ini adalah antara kurniaan Allah Taala yang tiada taranya untuk kita. Jika insan-insan hebat seperti Sayidina Abbas dan Sayidina Ibn Abbas r.a. bersungguh-sungguh melakukannya, apatah lagi insane seperti kita, yang kerdil dan banyak dosa ini. Tentulah lebih-lebih lagi perlu mengejar dan mendapatkan pengampunan dosa-dosa kita itu melalui solat sunat Tasbih yang hebat ini.

AURAT WANITA DALAM KELUARGA TERDEKAT

Tuesday, May 22, 2012

Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi

Kata-Kata Hikmat Salahudin Al-Ayubi 1 - Saya meminta KEKUATANdan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuat saya KUAT 2 - Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAANdan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN 3 - Saya meminta untuk KEMAKMURANdan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA 4 - Saya meminta KEBERANIANdan Allah memberi saya BAHAYA untuk DIATASI 5 - Saya meminta CINTAdan Allah memberi saya orang-orang BERMASALAH untuk DIBANTU 6 - Saya meminta NIKMATdan Allah memberikan saya PELUANG 7 - Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYAtetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.

Panduan Zikir/Doa serta Doa-doa pendek

AL-IKHLAS

AL-IKHLAS

AL-FALAQ

AL-FALAQ

AN-NAAS

AN-NAAS

1-9 YAASIN

1-9 YAASIN

AYATUL QURSI

AYATUL QURSI