Custom Search

TILAWATI QUR'AN

Saturday, November 29, 2008

ALFATIHAH SEBAGAI SATU DOA

Al-Fatihah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Hanya Engkaulah yang kami sembah,

dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


Ya Allah. tunjukkan kami jalan yg lurus... (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...Sesungguhya aku selalu tersilap langkah.. di dalam mengharungi kehidupan di bumiMU ini... Amin..


KELEBIHAN SURAH ALFATIHAH:

Ulama-Ulama utama berbeza pendapat. Bolehkah kita mengatakan satu-satu surah itu lebih besar,lebih mulia atau lebih tinggi dari satu surah yang lain?. Sebab bila dikatakan ada surah atau ayat yang lebih,tentu ada yang kurang. Tentu tidak mungkin ada suatu surah atau ayat didalam Al-Qura'n yang dianggap kurang penting.
Tentu sekali terdapat Hadis Nabi yang menerangkan kelebihan dan keistimewaan satu-satu surah dan ayat didalam Al-Qura'n.
Berdasarkan dari Hadis itulah banyak pula Imam-Imam atau Ulama-Ulama besar yang mengaku terdapat keistimewaan dan kelebihan sesuatu surah keatas satu surah yang lainnya.

Begitu juga Al-Fatihah,Menurut kitab khazinatul-Asrar karangan Al-Ustaz Muhamad Hakky an-Nazily, surah Al-Fatihah mempunyai 30 nama. Nama-Nama itu di ambil dari berbagai-bagai hadis Nabi mengenai Al-Fatihah dan ada pula nama yang di tetapkan oleh para sahabat dan Tabi'in.

Nama-nama Tersebut:

1-Al-Fatihan atau Fatihatul kitab

Maksudnya; Ialah Pebuka atau Pembuka kitab,nama ini terdapat dalam banyak hadis(yang akan di bincang kemudian)

2-Ummul Kitab
Maksudnya: Induk kitab .Umul kitab diertikan bahawa Al-Fatihah mengandung semua persoalan didalam Al-Qura'n.yaitu ketuhanan,Alam ,Akhirat , Ibadat dan sejarah-sejarah.

3- Ummul -Qura'n

Induk Al-Qura'n.Adalah kerana Al-Fatihah dianggap rigkasan dari isi seluruh Al-Qura'n.Meang isi kandungan surah Al-Fatihah merupakan doa yang Amalkan amalan ini sangat berfaedah bagi setiap orang Islam.Diantaranya ialah memohon pertolongan dan petunjuk Allah kepada jalan yang lurus(benar) dan bukan jalan yang menyesatkan.
Terdapat banyak hadis Rasulullah saw mengenai Fadilat dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Fatihah ini,
Diantara sabda Baginda Bermaksud:

#"membaca Fatihah kitab(Al-Quran) mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran".
# "Bagi mereka yang mempunyai hajat yang baik,termasuk untuk mendapat kenaikkan pangkat/darjat,untuk dapat menyelesaikan hutang,untuk menyembuhkan penyakit,agar anak menjadi soleh dan berbagai lagi hajat maka hendaklah memohon kepada Allah SWT dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.waktunya ialah diantara solat sunat subuh dan solat fardu subuh ,amalkan amalan ini sehingga 40 hari insha-Allah hajat kita akan di tunakkan oleh Allah SWT.
# sesetengah Ulama menganjurkan membaca Al-Fatihan sebanyak 40 kali selepas solat magrib dan sunat untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah SWT,insha-Allah dimakbulkan Allah SWT.

Bersambung........

No comments:

Panduan Zikir/Doa serta Doa-doa pendek

AL-IKHLAS

AL-IKHLAS

AL-FALAQ

AL-FALAQ

AN-NAAS

AN-NAAS

1-9 YAASIN

1-9 YAASIN

AYATUL QURSI

AYATUL QURSI